FIDYAH KU KEWAJIPAN KU


Selamat Datang ke Laman AmalFidyah.com. adakah anda masih mempunyai hutang fidyah puasa Dan Kafarah Janji?

AmalFidyah adalah salah satu projek yang diusahakan oleh Yayasan Amal Malaysia bagi membantu menguruskan urusan Fidyah, Kaffarah dan Infaq Tajaan Makanan Ummat Islam terus kepada sasaran Asnaf menerusi program-program Dakwah, Kebajikan dan kemasyarakatan yang telah dilaksanakan secara Aktif oleh NGO Yayasan AMAL Malaysia

Ramadhan Bakal Menjelang Lagi!! www.AmalFidyah.com

" (Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu, maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia mengganti puasa sebanyak (hari yang dia tinggalkan) itu pada hari-hari yang lain, dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya untuk berpuasa itu membayar fidyah, iaitu memberi makan orang-orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari puasa yang di tinggalkan).(al-Baqarah: 184) "

AmalFidyah bukanlah sebuah entiti perniagaan, tetapi adalah sebuah badan kebajikan yang telah lama menginfakkan masa dalam kerja kebajikan sejak Yayasan AMAL Malaysia ditubuhkan pada tahun 2001. Alhamdulillah kini AmalFidyah telah mendapat kepercayaan dan keyakinan masyarakat dari dalam dan luar negara dalam kerja-kerja kemanusiaan ini.

Apakah itu fidyah?

Fidyah ialah Hukuman denda ke atas seseorang Islam yang telah Akil baligh kerana kesilapan meninggalkan puasa wajib di bulan Ramadhan atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja dengan  melewatkan puasa ganti (Qada’) di bulan Ramadhan.

Sila Sempurnakan Borang Dana Infaq atau Fidyah anda ke Akaun bank yang tertera dibawah. Akaun bank Yayasan AMAL Malaysia

HUKUM FIDYAH

Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan. Firman Allah:-

أَيَّامٗا مَّعۡدُودَٰتٖۚ فَمَن كَانَ مِنكُم مَّرِيضًا أَوۡ عَلَىٰ سَفَرٖ فَعِدَّةٞ مِّنۡ أَيَّامٍ أُخَرَۚ وَعَلَى ٱلَّذِينَ يُطِيقُونَهُۥ فِدۡيَةٞ طَعَامُ مِسۡكِينٖۖ فَمَن تَطَوَّعَ خَيۡرٗا فَهُوَ خَيۡرٞ لَّهُۥۚ وَأَن تَصُومُواْ خَيۡرٞ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ

(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu, maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau bermusafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dia berbuka) itu pada hari-hari yang lain, dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya, dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.
Al-Baqarah, Ayat 184

Kadar Ketetapan Fidyah, Bagaimana Saya Boleh Bayar FIDYAH melalui AMALFIDYAH?

  1. Perkiraannya mudah sahaja.. Hitung berapa jumlah bilangan hari puasa yang telah ditingggalkan. 
  2. Jumlah hari tersebut darabkan dgn kadar fidyah yang kami tetapkan, Nilainya hanya RM4 sehari (termasuk kos pengurusan) 
    Contohnya : jumlah hari puasa yg ditinggalkan sebanyak 10 hari x RM4 = RM40
  3. Bank in RM40 ke dalam mana² akaun bank kami di bawah.
    Mudahkan? Bayarlah fidyah Hari ini sebelum terlupa! kerana ianya akan berganda setiap tahun jika  tidak disempurnakan

SEBAB-SEBAB DIKENAKAN FIDYAH

1. Uzur dalam menunaikan ibadah puasa wajib

Terdiri daripada golongan yang menghidapi sakit yang teruk dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh, atau golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali.

2. Perempuan hamil

Perempuan hamil juga dikira uzur dengan syarat dibimbangi akan keselamatan ke atas bayi yang dikandungnya, seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini dikenakan membayar fidyah dan juga menggantikan (Qada’) puasa yang ditinggalkan.

3. Ibu yang menyusukan Anak

Bagi para ibu yang kekurangan susu badan, menyusukan anak dan bimbang akan memudharatkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu. Maka wajib baginya menggantikan (Qada’) puasa yang ditinggalkan serta membayar fidyah.

4. Ahli keluarga yang telah meninggal dunia

Hutang puasa bagi mereka yang telah meninggal dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ianya wajib diambil kira sebelum pembahagian pusaka dilaksanakan.

5. Musafir dan Pesakit yang tidak mengqadhakan puasa pada tahun ia ditinggalkan

Musafir dan Pesakit yang tidak mengqadhakan puasa pada tahun ia ditinggalkan wajib mengqadhakan puasanya dan membayar fidyah mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.

6. Melambatkan Ganti Puasa (Qada’)

Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah ke Bulan Ramadhan yang berikutnya, dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan. Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan Kecuali bagi mereka yang tiada kemampuan.

Kadar Ketetapan Fidyah adalah RM4 Sehari termasuk kos pengurusan.
buat pengiraan 4 ringgit di darab dengan Hari Puasa yang ditinggalkan.
contohnya :-
(RM4 Sehari) x (10 Hari) = 40 Ringgit

Sila Sempurnakan Borang Dana Infaq atau Fidyah anda ke Akaun bank yang tertera dibawah

TAJAAN MAKAN FAKIR MISKIN, MUALLAF DAN GELANDANGAN

TAJAAN MAKAN

TAJAAN MAKAN adalah salah satu ibadah khusus dalam Islam yang mempunyai ganjaran yang sangat tinggi disisi Allah SWT. Ibadah ini terbahagi kepada 2 bahagian. Samada berbentuk ibadah Wajib dan Ibadah Sunat .  Sabda Nabi Saw yang Bermaksud:
“Orang yang terbaik diantara kamu adalah mereka yang suka Menjamu makan. Sabda Nabi lagi: Perhambakanlah dirimu kepada Allah yang Maha Pengasih, Tajalah Makan, Sampaikanlah Salam, dan Masuklah Syurga dengan keselamatan.” Hadis Riwayat Tarmizi

Tajaan Makan Wajib

Sebab Wajib Menaja Makan Orang-Orang Miskin

1- Tajaan Kerana Kaffarah
“Kaffarah bermaksud perbuatan yang boleh menghapus dosa tertentu, berupa membebaskan hamba, bersedekah dan puasa dengan syarat-syarat tertentu sebagai tampalan kecuaian yang dilakukan oleh manusia dalam tindakannya”.

Jenis-jenis kaffarah
Jenis-jenis kaffarah yang berkaitan dengan Tajaan makan kepada fakir miskin ialah:

1.Kaffarah kerana membatalkan puasa di bulan Ramadhan dengan sebab bersetubuh dan zihar.

Kadarnya:
Wajib memberi makan 60 orang fakir miskin. Sekiranya tidak mampu berpuasa 60 hari berturut-turut.

Kadar kaffarah ialah :
RM 10.00 x 60 orang = RM 600.

2.Kaffarah kerana Melanggar Sumpah dan tidak menunaikan Nazar
Memberi makan 10 orang fakir miskin sehingga kenyang.

Kadar kaffarah ialah :
RM 10.00 x 10 orang = RM 100 atau Memberi pakaian kepada fakir miskin Kadar kaffarah ialah : RM 60.00 x 10 orang = RM 600

2- Tajaan Makan Kerana Bernazar
Antara Tajaan Makan yang wajib adalah Tajaan Makan bagi mereka yang memohon hajat pada Allah dengan cara berdoa bersandarkan Nazar untuk memberi makan fakir miskin. 

Tajaan Makan Sunat

Sedekah merupakan amalan yang sentiasa dianjurkan dalam Al-Qur’an dan hadist, akan tetapi ada yang menarik disini, yakni Allah mengangkat darjat mereka yang “Menaja Makan” orang-orang miskin sebagai “Golongan Al-Abrar” tegas menyebutkan  jika enggan maka Allah ancam sebagai orang yang telah mendustakan Agama.

إِنَّ الْأَبْرَارَ يَشْرَبُونَ مِن كَأْسٍ كَانَ مِزَاجُهَا كَافُورًا * عَيْنًا يَشْرَبُ بِهَا عِبَادُ اللَّهِ يُفَجِّرُونَهَا تَفْجِيرًا * يُوفُونَ بِالنَّذْرِ وَيَخَافُونَ يَوْمًا كَانَ شَرُّهُ مُسْتَطِيرًا * وَيُطْعِمُونَ الطَّعَامَ عَلَى حُبِّهِ مِسْكِينًا وَيَتِيمًا وَأَسِيرًا * إِنَّمَا نُطْعِمُكُمْ لِوَجْهِ اللَّهِ لَا نُرِيدُ مِنكُمْ جَزَاء وَلَا شُكُورًا [الإنسان]: 6- 9

Sesungguhnya Golongan Al-Abrar akan minum minuman dari piala-piala (yang indah), minuman yang bercampur dengan “Kafur”,

Iaitu matair di Syurga, yang diminum oleh hamba-hamba Allah (yang taat); mereka boleh memancarkan mataair tersebut (di tempat-tempat tinggal mereka)

mereka menyempurnakan “Nazar”, serta mereka takutkan hari (akhirat) dengan azab seksa yang merebak.

Mereka memberi makan makanan kepada yang berhajat  dan disukainya, dari kalangan orang miskin. anak yatim serta orang tawanan.

(Sambil berkata): “Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah; tidak mengharapkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih [Surah Al-Insan, Ayat 5 – 9]

Ibadah Fidyah dan Infaq Tajaan Makanan Anda akan Kami Sampaikan kepada Asnaf yang Menjadi Fokus dalam projek kami

PENERANGAN RINGKAS FIDYAH

AmalFidyah adalah saluran bagi memudahkan orang ramai membayar fidyah. Pihak kami akan membantu menyalurkan dana tersebut dengan memberi makan kepada yang layak seperti muallaf, fakir miskin, anak² fakir miskin yang belajar di Tadika AmalHidayah di pedalaman Sabah dan Sarawak, miskin bandar yang tinggal di bandar, rakan jalanan, pelarian perang, mangsa bencana alam dan gelandangan di Bandaraya Kuala Lumpur. Semoga Ibadah anda memberi sedikit harapan kepada mereka untuk meneruskan hidup..
Ust MK Azman
Pengerusi AmalFidyah Yayasan Amal Malaysia

IBADAH DAN FIDYAH ANDA KAMI SAMPAIKAN

AMALFIDYAH AMAL MALAYSIA -WILAYAH

WARUNG MAKAN SAHABAT , Yayasan AMAL Malaysia
Lorong 4 Chowkit, Kuala Lumpur.
Email : amalfidyah@gmail.com
Ust MkAzman : 019 634 2942

Ust Saifullah : 017 355 7809